Setulus Janji

Tuesday, October 31, 2006

Bab 3

"You pergi mana tadi. Kiteorang balik je, you tak ada rumah,"Maya bertanya bila melihatnya melangkah masuk.
"I ke tepi pantai,"balasnya pendek.
"Ha, Reza.. ke mana kamu tadi. Ibu call off pula telefon kamu," sekali lagi pertanyaan yang sama diajukan.
"Dia ke pantai auntie."Maya menjawab bagi pihaknya.
"Malam nanti kita buat barbeku. Mama dah beli semua bahan-bahan. Jangan ke mana-mana."terang Mama nya.
"O ye ker Ma. Reza ajak kawan Reza boleh?"tiba-tiba dia terkenang Sofea. Jarak kedai Sofea dengan rumah rehat nya ini tidak la jauh sangat.
"Up to you." Balas mamanya ringkas.

Reza berkira-kira mahu menjemput Sofea bersama ibunya. Itu pun jika mereka tidak keberatan. Terasa senang hatinya berada di sini. Entah mengapa, mengenali Sofea, membuat hatinya berbunga. Sedangkan, dialah yang paling malas untuk mengikut mama dan keluarga Maya bercuti. Puas dipujuk oleh Maya, baru lah dia bersetuju. Bukan dia tidak mahu kembali ke daerah itu, tapi tugasnya banyak memberi halangan. Komitmen sepenuhnya diberikan pada kerjayanya sebagai seorang ketua jurutera di sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur. Ramai yang mengata dia seorang yang gila kerja sehingga pada usia 35 tahun, dia masih belum berumah tangga. Itu kata orang, tapi hakikatnya, hanya dia yang mengetahui. Dia sendiri masih tidak pasti penantiannya berbaloi atau tidak. Pencariannya masih menemui jalan buntu. Ya..dia masih mencari. Walau yang di cari itu mungkin sudah tidak ada ruang untuk nya.

"Uncle Reza!" teriak Sofea tatkal melihat Reza menuju ke kedai nya. Jam dah menunjukkan pukul 6 petang. Perempuan indonesia yang digelar Kak Bibik oleh Sofea itu sudah mula mengemas untuk menutup kedainya. Mujur dia datang awal, kalau tidak, tidak sempat dia bertemu dengan Sofea.
"Uncle nak ajak Sofea dan mama datang ke tempat uncle. Ada buat barbeku,"pelawa Reza.
"Wah..bestnya. Tapi mama tak ada la uncle. Mama pergi bandar. Esok baru balik."terang Sofea.
"O yer ker. Hmm.. habis tu, Sofea tak mahu ikut uncle?"tanya Reza lagi.
"Hmm... nanti Sofea call mama."jawab Sofea. Dia berlari masuk ke ruang kaunter kedai itu dan mula mendail. Sambil itu, Reza membelek-belek barangan cenderahati yang dijual di situ. Semuanya cantik-cantik belaka. Menurut Kak Bibik, kedai itu milik mama Sofea. Barangkali Mama Sofea ni kreatif orangnya. Ingin sekali dia bertemu wanita itu. Jika dia orang tempatan, pasti mereka saling kenal mengenali. Kerana boleh dikatakan ramai orang tempatan masih mengenalinya. Maklumlah ayahnya bekas pegawai daerah di situ. Tapi menurut Kak Bibik, mama Sofea berasal dari Selangor. Merantau dan terus menetap di sini.
"Uncle, mama kata boleh. Tapi kena bawak kak Bibik."kata Sofea sambil tersenyum.
"Ok. Kita tunggu kak bibik tutup kedai ye."balas Reza.

Malam itu, Reza berdamping dengan Sofea. Ternyata kepetahan Sofea, mampu menyenangkan sesiapa sahaja termasuk Mama nya. Dia tahu mama memang suka pada anak-anak kecil. Cucu nya baru dua orang. Itu pun dari adiknya Armin yang berkahwin lebih awal. Dan tidak lama lagi Nadira pula akan melahirkan seorang lagi cucu untuk mamanya. Mamanya mungkin sudah letih untuk bertanya tentang jodoh. Sudah ramai yang dikenalkan oleh mama kepadanya. Namun, hati nya susah untuk menerima, sehinggalah diperkenalkan dengan Maya. Maya, gadis yang memenuhi ciri-ciri seorang wanita melayu moden yang akan disukai oleh sesiapa sahaja. Lemah lembut dan pandai mengambil hati orang tua. Mungkin sebab itu, mama pun menyukai Maya. Namun, Reza sendiri tidak pasti hatinya pada Maya. Adakah dia benar-benar mencintainya atau sekadar mahu melengkapkan kitaran hidupnya sebagai seorang manusia.

"Uncle, auntie Maya tu makwe uncle ya,"tanya Sofea.
"Ish, Sofea ni, kecik-kecik dah sebut pasal makwe. Bukan makwe la, tapi tunang uncle. Nanti uncle akan kawin dengan dia."terang Reza.
"Kenapa auntie Maya macam tak nak kawan dengan Sofea?"tanya Sofea. Reza memandang Maya. Daripada awal lagi, dia telah perasan, Maya agak kurang mesra dengan Sofea. Mungkin Maya cemburu dengan kemesraannya dengan Sofea. Hmm.. sekadar anak kecil yang berumur 6 tahun, takkan Maya cemburu pula. Fikirnya. Tapi, perempuan.. sukar hendak di duga hati dan perasaannya. Dia sendiri mengakui, dia masih tidak mengenali hati budi Maya dengan lebih dekat. Entah, dia sendiri tidak faham, ke mana hilang hatinya. Atau mungkin telah pergi bersama hilangnya kasih yang masih dicarinya.

Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Reza terjaga dari tidurnya. Dia bermimpi. Dan mimpi yang hampir sama dengan setiap mimpi-mimpinya sebelum ini. Mengapa wajah ini terus hadir dalam tidurnya. Dia bingkas bangun mengambil wuduk, dan mencapai tikar sembahyang.

Monday, October 30, 2006

Bab 2

Hari ini Reza kembali lagi ke gerai itu. Maya dan keluarganya ke Bagan Tengkorak. Bertemu kawan mama agaknya. Mata Reza tercari-cari kelibat Sofea. Dia tidak nampak anak kecil itu. Mungkin Sofea tidak datang ke sini hari ni, atau mungkin Sofea ke kelas tambahan musim cuti sekolah ini fikirnya.

"Encik, boleh saya bantu?" Sekali lagi dia ditegur perempuan indonesia semalam. Dia berpaling ke arah perempuan itu.
"Eh, encik. Encik yang datang semalam bukan. Ada apa-apa masalah encik?"perempuan tuh beriya-iya bertanya.
"Oo.. tidak tidak. Saya hanya mahu bertemu dengan Sofea." Terang Reza.
"Oo mahu ketemu sama Sofea. Sebentar nanti Sofea datang encik. Dia pulang sebentar." Perempuan itu memberi penjelasan.
"Uncle!" tiba-tiba Reza terdengar suara petah itu memanggilnya.
"Eh Sofea. Pergi mana? Lama uncle tunggu." Reza menjawab.
"Oh.. Sofea balik rumah sekejap. Mama nak pergi bandar. So, Sofea nak kiss mama dulu." terang Sofea.
"Mama pergi bandar buat apa? Sofea tak ikut?" Tanya Reza.
"Mama pergi bandar sebab ada kerja la. Mana boleh ikut uncle." balas Sofea.
"Jadi Sofea tinggal dengan papa ke hari ni?" tanya Reza. Sofea tidak menjawab. Dia terus masuk ke dalam gerai meninggalkan Reza di situ.
"Encik, jangan ditanya Papanya Sofea. Bikin sedih. Puan sendiri melarang kami bertanya tentang papa Sofea. Kok usah ditanya lagi ya." Perempuan Indonesia itu menegurnya.
"Tapi kenapa?" Reza ingin kepastian.
"Saya sendiri nggak tahu siapa papanya Sofea. Puan sendiri nggak pernah kasi tahu siapa suaminya. Khabarnya sudah lama tidak ketemu" Terang perempuan itu.
Timbul rasa kesal di hati Reza mengenangkan Sofea. Dia segera ke dalam kedai mencari Sofea.
Sofea sedang duduk mengira batu-batu kecil yang dibuat perhiasan.
"Jom, uncle belanja Sofea makan ais krim."Tegur Reza. Sofea memandang sambil tersenyum.
"Bestnya uncle. Jom." Sofea segera menarik tangan Reza. Anak ini bijak menyimpan kesedihannya, fikir Reza.

"Uncle, nama uncle apa?"tanya Sofea sambil tangan nya memegang ais krim yang baru dibeli.
"Sofea tak tahu nama uncle ya. Ok. Sofea panggil uncle Uncle Reza ok." jawab Reza.
"OOoo Uncle Reza. Nanti Sofea bagitahu mama. Semalam Sofea cerita pada mama pasal uncle."cerita Sofea.
"Oh yer ke." Tanya Reza dan Sofea hanya mengangguk.

Bab 1

Kerinduan pada tanah itu terubat. Terbayang zaman kecilnya yang dihabiskan di situ. Hampir 10 tahun dia tidak ke daerah itu. Banyak yang berubah. Hanya aktiviti penjaja barang-barang cenderahati saja yang tidak berubah. Ya.. dia rindu tempat itu. Sejak ibu dan ayah nya berpindah ke daerah lain, tempat ini, bukan menjadi tempat mainannya lagi. Dahulu, tepian pantai ini menjadi padang permainan nya. Dia tidak pernah takut pada ombak.

Lamunan Reza terhenti seketika tatkala melihat seorang anak kecil yang petah sambil melambai2 ke arah pengunjung yang datang ke gerainya. Bijak benar anak kecil ini berniaga. Mungkin sekadar membantu keluarga berniaga atau mungkin anak ini sendiri sedang bekerja. Reza tertarik mendekati anak kecil itu. Wajahnya mulus. Umurnya mungkin lebih kurang 6 tahun agak nya. Mengingatkan dia pada seseorang yang telah pergi dari hidupnya.
"Uncle.. nak beli sourvenir? Ada siput, batu karang," anak itu mendekatinya. Dia tersenyum.
"Ya encik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Tiba-tiba sahaja dia ditegur oleh seorang perempuan warga indonesia.
"Oh..ya.ya.. saya nak beli batu karang ini ya,"Reza termangu-mangu menjawab seoalan perempuan itu.
"OO uncle, dengan kakak, uncle nak beli, dengan saya uncle tak nak," tiba-tiba anak kecil itu bersuara, nada merajuk.
"Eh, tidak la... ini gerai yang sama kan,"Reza mencari kepastian.
"Ya encik. Tak ada apa-apa la encik. Sofea ini memang begini lagaknya." perempuan indonesia itu berkata-kata. Anak kecil yang digelar sofea itu masih lagi bermuncung. Comel pula gayanya begitu.
"Ok, so nama adik ni Sofea. Sedap nama tuh. Sofea..kalau muncung macam ni, tak cantik la. Nanti tak ada siapa nak datang beli barang kat sini," Reza cuba memujuk Sofea. Dia mengeluarkan gula-gula yang kebetulan ada dalam poketnya.
"Nah, ni uncle bagi Sofea, so bila makan, Sofea akan nampak manis." Reza lega bila melihat Sofea mula tersenyum.
"Tapi uncle, mama kata makan gula2 tak elok. Nanti gigi rongak," Sofea mengomel. Reza tergelak. Bijak anak kecil ini. Dan patuh pula pada pesan mamanya.
"Makan sikit-sikit tak mengapa Sofea,"Reza memberi penjelasan. Perempuan indonesia yang melayan nya tadi kelihatan sibuk melayani pengunjung yang lain. Dia selesa benar melayani karenah Sofea ini. Walau baru dikenali, Sofea ini mudah mesra. Beriya-iya benar dia bercerita tentang tikus yang akan makan giginya jika dia tidak memberus giginya sebelum tidur.

"Reza!" Dia berpaling bila namanya dipanggil. Hampir dia terlupa pada Maya. Sibuk benar dia melayani Sofea.
"Ok..bye Sofea, esok uncle datang lagi," Reza meninggalkan Sofea. Sekali lagi Sofea muncung, mungkin kerana dia sendiri seronok bercerita dengan Reza.
"You buat apa dekat situ?" Maya bertanya.
"Ni I beli batu karang untuk you,"Reza menghulur batu karang yang dibelinya tadi.
"La.. kan I dah beli tadi, kenapa beli lagi. Lagi pun, kite bercuti kat sini seminggu. Mama, papa ngan mama you semua tunggu di kereta. Jom." Maya menarik tangannya. Sempat dia melambai pada Sofea. Dan Sofea membalas sambil tersenyum.

Sepanjang petang, Reza masih terkenang pada Sofea. Dia tertarik dengan anak kecil itu. Esok dia ingin ke gerai itu, bertemu Sofea. Sementara percutian keluarganya dan keluarga bakal mertua nya di sini. Mamanya yang mencadangkan percutian ini memandangkan dia dan keluarganya pernah menetap di sini. Lagi pun, mama juga teringin melawat rakan-rakan lamanya di sini.

***************************************************************************************************************

"Sofea, anak mama dah gosok gigi ke belum?" Dania segera bertanya pada anak kecilnya ketika melihat anak itu menuju ke biliknya.
"Sudah mama," jawab Sofea. Dania mengekori anak gadis kecilnya itu. Setiap malam, dia akan menyelimutinya. Sambil kadang-kadang dia bersembang dengan Sofea. Sofea gemar bercerita. Memang dia anak yang bijak. Dania bersyukur mempunyai seorang anak yang pandai berdikari seperti Sofea.
"Mama, tadikan Fea kenal dengan satu Uncle. Handsome!" Sofea mula berceloteh.
"Oh ya ker. Siapa nama uncle tuh?" tanya Dania.
"Hm...Hmm.. ala mama.. Fea lupa pulak nak tanya. Macam mana Fea boleh lupa ni." Ngomel Sofea sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Tapi uncle bagi Fea gula-gula. Pastu Fea cakap kat uncle, mama pesan tak boleh makan gula-gula banyak. Nanti gigi rongak kan mama," sambung Sofea.
"Ha..pandai pun anak mama."Balas Dania sambil tersenyum. Sofea memang mudah mesra dengan sesiapa sahaja.