Setulus Janji

Wednesday, November 01, 2006

Bab 5

Kelihatan Sofea berlari-lari menuju perempuan yang dipanggil mama. Dan perempuan itu memeluk Sofea.
"Astaghrafirullahhal azim.."Reza beristighfar. Kepalanya bagai dihempap batu besar. Ligat memikirkan sesuatu.
"Dania Asyikin kah ini? Dan Sofea itu, Sofea Hani binti Haikal? Ya Allah..mengapa aku tak pernah teringat untuk meneliti siapa Sofea ini? Apa yang telah terjadi pada Dania ini ya Allah."Reza mengeluh. Jika ini Dania yang dikenalinya, dan ini juga mama Sofea, bermakna, wanita ini la wanita yang sama yang diceritakan oleh Puan Rosnah. Reza terdiam kaku. Banyak yang berlegar di mindanya. Mana Haikal? Apa yang telah terjadi? Sudah berpisah kah mereka. Dia belum bersedia menemui perempuan itu. Dadanya berombak. Dia ingin berlalu dari situ dengan segera. Tapi..

"Uncle!" Kedengaran suara Sofea memanggilnya. Dan ketika itu juga, dilihatnya Sofea dan mamanya menghampirinya.
"Uncle, ni mama Sofea." Sofea pantas memperkenalkan mamanya. Mamanya yang sedang tersenyum seperti terkejut melihat Reza.
"Ini Reza ke?"tiba-tiba sahaja dia terdengar suara yang pernah dirinduinya itu. Dia memandang Dania Asyikin sambil tersenyum.
"Dania.."Itu je yang mampu dikeluarkan ketika itu.
"Apa kau buat kat sini Reza? Eh.. bila pulak kau kenal dengan Sofea ni?"Dania bertanya dengan nada yang agak terkejut.

Petang itu, dia menghabiskan masa bersama Sofea dan Dania. Ya, dia lah Dania yang dicari-carinya sejak 6 tahun yang lalu. Dania yang tiba-tiba menyepi tanpa sebarang berita setelah mengikut suaminya Haikal ke New Zealand.
"Dania, apa yang telah terjadi sebenarnya."tanya Reza. Dia memandang wajah manis itu. Masa kan dia boleh lupa pada wajah yang sering hadir dalam setiap mimpinya itu. Dania tersenyum.
"Reza, cukup untuk kau mengetahui yang aku telah berpisah dengan Haikal masa kami di Christchurch lagi. Aku balik ke sini dan buat keputusan untuk menetap di sini."jawab Dania. Reza tahu, Dania memang seorang perahsia.
"Tapi kenapa kau tak contact aku masa kau kembali ke sini. 6 tahun aku cari kau. Aku hantar surat, e-mail, semua kau tak balas. Dan sekarang Sofea dah pun 6 tahun, baru aku jumpa kau."Reza seperti kesal dengan tindakan Dania yang menyepikan diri.
"Aku nak mulakan hidup baru Reza. Aku rasa tenang di sini. Banyak yang aku perlu perbetulkan."terang Dania.
"So kau macam mana sekarang. Dah berapa orang anak?" Tanya Dania.
"Aku?? Hmm.. masih macam dulu. Anak tekak ada satu. Tu je la yang aku ada," Reza bergurau. Dania tersenyum. Walau usia nya sudah meningkat ke pertengahan 30 an, senyumannya tetap akan menyerlahkan lesung pipitnya.
"Eh..kenapa kau kurus sangat? Berdiet ke?"sambung Reza.
"Ala, diet apanya. Aku busy la, kat sini banyak sangat exercise. Ke hulu ke hilir so, kurus la. Ok tak? Tak lah macam dulu kan," Dania tergelak.
"Ha.. a, tak macam dulu. Tapi kurus sangat la. Macam orang sakit tak makan je,"balas Reza.
Dania tahu, sejak dahulu lagi, Reza mengambil berat tentang dirinya. Maaf kan aku Reza, bukan aku tak mahu mencarimu, tapi aku terpaksa membuat keputusan yang seku sendiri tidak mahu. Desis hatinya. Wajah Reza dipandangnya. Sebolehnya dia tidak mahu terlalu rapat dengan lelaki ini. Dia tidak mahu lagi dibelenggu rasa bersalah dan rasa tersiksa seperti yang telah dialaminya dulu. Dia juga tidak mahu Reza tahu tentang kisah hidupnya. Dia tidak mahu Reza turut terpukul dengan semuanya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home