Setulus Janji

Thursday, November 02, 2006

Bab 6

Reza termenung menghadap lautan yang terbentang. Ingatannya masih pada Dania. Dia tidak menyangka di daerah ini dia bertemu kembali dengan perempuan itu. Dania Asyikin, yang pernah bertakhta di hatinya. Kisah cinta yang tidak pernah kesampaian walau dia juga tahu, Dania menyimpan perasaan yang sama padanya. Tapi itu semua tidak penting. Yang perlu dia tahu sekarang, apa yang telah terjadi pada Dania. Dania hari ini begitu berubah sekali. Tidak seperti dahulu. Mata nya yang redup cukup menggambarkan kepahitan yang dilaluinya. Walau Dania tidak menyatakan, namun dia cukup kenal dengannya.

"Ha Reza, kenapa termenung ni?" Lamunan Reza dikejutkan oleh mamanya.
"Ma, ingat tak pada Dania, kawan Reza dulu." Tanya Reza. Dia pernah memperkenalkan Dania pada mamanya satu ketika dulu.
"Dania mana ni Reza?" Berkerut dahi Puan Aisyah cuba memikirkannya.
"Ala Ma, Dania Asyikin, kawan Reza masa di Uitm dulu. Dia dah kawin dan lepas tu pergi oversea, ikut suami dia."Terang Reza.
"Ooo ya, Mama ingat. Yang Reza kata Reza lama dah lost contact tu kan. Ye la, dulu mama ingat dia girlfriend Reza."Puan Aisyah bercakap sambil tersenyum.
"Ma, nak tahu tahu tak, punya la kecik dunia ni, Sofea tu anak dia Ma. Reza dah jumpa Dania siang tadi. Dia tinggal kat sini. Reza tak tahu pun Ma."Beriya-iya Reza bercerita.
"OO yer ke. Bagus la Reza dah jumpa dia. Dia buat apa kat sini. Suaminya bertukar ke sini ke?"Tanya Puan Aisyah lagi.
"Tak la Ma, dia berniaga. Chalet kat tanjung tuh, dialah yang uruskan. Then dia ada kedai cenderamata kat depan pantai sana tuh. Kesian Ma, dia dah berpisah dengan suaminya."Cerita Reza.
"Oo..Chalet Cahaya Kesuma tuh? Dulu arwah Tuan Ramzi yang empunya chalet tuh. Wife dia Rosnah, kawan mama jugak. Ada kena mengena ke dengan Dania tuh?"tanya Puas Aisyah penuh minat.
"Tuan Ramzi tuh pakcik Dania. Reza ada jumpa dengan auntie Rosnah tuh. Dia lah yang cerota pasal Dania."terang Reza. Banyak yang dibualkan bersama mamanya. Reza terasa tenang dapat bercerita dengan mamanya tentang Dania. Namun, mama ada mengingatkannya agar tidak terlupa dengan Maya. Puan Aisyah tahu, Dania pernah singgah di hati Reza dan sehingga hari ini dia percaya Reza masih menyimpan perasaannya terhadap Dania. Naluri seorang ibu biasanya benar belaka. Masih diingatnya lagi, ketika Reza bercerita tentang Dania suatu masa dahulu. Dia tahu anak lelakinya ini jatuh cinta. Dan apabila diperkenalkan dengan Dania juga, dia sendiri tertarik dengan tingkah laku gadis itu. Sayang.. dia bukan mulik Reza.

*********************************

Pagi ini Reza telah berjanji dengannya untuk bertemu di sini. Dia sendiri tidak pasti untuk apa. Namun dia mengerti, pasti banyak yang Reza ingin tahu. Reza masih seperti dahulu. Tidak pernah lekang dari mengambil berat tentang dirinya. Dia dapat merasakan Reza masih menyayanginya. Namun, cerita Sofea tentang gadis bernama Maya, membuatkan perasaannya mati begitu sahaja. Dia telah pun faham, hati Reza kini telah terisi dan tidak mungkin Reza masih menyayanginya seperti dulu dan mungkin Reza mengambil berat atas dasar seorang sahabat lama.

"Oit..mengelamun. Tengah fikir apa tuh?" Tiba-tiba Dania dikejutan oleh sergahan Reza. Dania memandang sambil tersenyum. Manis sungguh wajah ini. Desisi hati Reza.
"OO..teringat kau la. Tiba-tibaj je boleh muncul balik dalam life aku."Jawab Dania sambil tergelak."Kenapa kau nak jumpa aku ni?"sambung Dania.
"Aku nak jumpa pun tak boleh ke. Aku bukannya lama kat sini, hujung minggu ni aku balik KL. Aku tak nak hilang kau dah. Cukup la 6 tahun aku hilang kau. Kali ini aku takkan lepas kan kau lagi." Kata-kata Reza mengubah wajah Dania. Dania tahu, dia bersalah, pergi tanpa meninggalkan sebarang berita.
"Sofea mana? Auntie Rosnah pun tak nampak."Tanya Reza.
"Sofea pergi mengaji la. Auntie pulak pergi ke kedai. Ada kawan lama nak jumpa katanya." Terang Dania.
"Mungkin jumpa mama aku. Diaorg tuh kawan baik tau masa parent aku tinggal kat sini dulu."cerita Reza.
"OO yer ke. Jadi, mama kau tahu kau dah jumpa aku?"tanya Dania terkejut.
"Ya, aku dah cerita pada mama. Nanti aku bawak kau dan Sofea jumpa mama yer."kata Reza.
"Reza, semalam Sofea cerita, kau dah nak kawin ya?"tanya Dania.
"Mesti si Sofea cerita pasal Maya ya." Reza berpaling memandang lautan yang terbentang di depan chalet itu.
"Ya, aku dah nak kawin. Maya tu tunang aku. Baru 3 bulan aku bertunang. Dan aku akan bernikah dalam masa 8 bulan lagi. "terang Reza.
"Eh..tahniah Reza. Akhirnya ke jinjang pelamin juga kau yer." Dania senyum. Dia tumpang bahagia dengan Reza. Terasa ringan kepalanya yang selama ni bagai tergalas dengan batu yang besar. Selama ini, dia benar-benar takut Reza tidak mahu bercinta kerana dirinya. Hari ini dia berasa lega, Reza sudah menemui insan yang mampu menyayangi dan memilikinya. Tidak seperti dia yang hanya mampu menyayangi namun tidak mampu memiliki.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home