Setulus Janji

Monday, July 19, 2010

Bab 7

Kemesraan yang dilihat petang itu membuatkan jiwa nya bagai dibakar. Terasa membuak-buak perasaannya. Ingin dia bersemuka, tetapi entah mengapa kakinya kaku membiarkan persoalan demia persoalan menerjah ke benak fikirannya. Maya berdengus. Siapa pulak perempuan bertudung itu. Desis hatinya. Melihat kepada kerancakan perbualan tadi nampaknya Reza seakan sudah lama mengenali perempuan itu. Wajahnya terus masam mencuka.
"Maya", terdengar suara Reza memanggil, terus mematikan lamunan dan kegeramannya.
"Apa you termenung macam ni. You ingat siapa ni?", Reza sengaja mengusik. Maya berpaling menghadap lautan yang terbentang. Seakan mahu lari dari memandang wajah Reza. Dia masih diam.
"Maya, what happen? Why you look moody?" tanya Reza lagi. Terpinga-pinga dia melihat gelagat Maya yang tiba-tiba menarik muka masam.
"You yang patut tanya diri you siapa yang you teringat-ingat." Maya melepaskan geram.
"Kenapa dengan I pulak ni? Apa yang I dah buat?"Reza bingung. Namun jauh di sudut hati dia seolah dapat meneka.
"Patut la you nampak seronok dua tiga hari ni. Rupanya ada buah hati kat sini."Maya membuat tuduhan.
"Hmm.. buah hati apa ni Maya. Ooo... I tahu, mesti you cemburu ni yer.." Reza cuba untuk memujuk. Jelas, Maya cemburu. Tiada tanda senyuman akan mekar dibibir mungil Maya.
"Siapa perempuan tu. Bukan main mesra lagi I tengok you berbual dengan dia. I tak suka tengok tunang I bermesra dengan orang lain la!" Bentak Maya.
"Come on Maya. Jangan la jadi budak-budak. Nanti I kenalkan Dania dengan You. Tak ada apa yang You perlu cemburu. Dania tu Mama Sofea. She used to be my classmate masa kat Uitm dulu. You kenalkan Sofea." Reza berterus terang.
"Hello dear, kalau dengan Sofea pun I tak berapa suka, apatah lagi mama dia okay!" tegas Maya. Langkahnya terus di atur keluar. Marahnya masih bersisa. Sifat panas barannya sukar untuk dibuang. Dia mampu menjadi gadis yang paling lembut, tetapi dia juga boleh bertukar menjadi terlalu marah sekiranya ada yang tidak disenanginya.
Reza mengeluh. Dia tidak menyangka Maya secemburu itu. Pertama kali sejak mereka bertunang, Maya menunjukkan belang kemarahannya. Ahh..biarlah, desis Reza.