Setulus Janji

Monday, October 30, 2006

Bab 1

Kerinduan pada tanah itu terubat. Terbayang zaman kecilnya yang dihabiskan di situ. Hampir 10 tahun dia tidak ke daerah itu. Banyak yang berubah. Hanya aktiviti penjaja barang-barang cenderahati saja yang tidak berubah. Ya.. dia rindu tempat itu. Sejak ibu dan ayah nya berpindah ke daerah lain, tempat ini, bukan menjadi tempat mainannya lagi. Dahulu, tepian pantai ini menjadi padang permainan nya. Dia tidak pernah takut pada ombak.

Lamunan Reza terhenti seketika tatkala melihat seorang anak kecil yang petah sambil melambai2 ke arah pengunjung yang datang ke gerainya. Bijak benar anak kecil ini berniaga. Mungkin sekadar membantu keluarga berniaga atau mungkin anak ini sendiri sedang bekerja. Reza tertarik mendekati anak kecil itu. Wajahnya mulus. Umurnya mungkin lebih kurang 6 tahun agak nya. Mengingatkan dia pada seseorang yang telah pergi dari hidupnya.
"Uncle.. nak beli sourvenir? Ada siput, batu karang," anak itu mendekatinya. Dia tersenyum.
"Ya encik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Tiba-tiba sahaja dia ditegur oleh seorang perempuan warga indonesia.
"Oh..ya.ya.. saya nak beli batu karang ini ya,"Reza termangu-mangu menjawab seoalan perempuan itu.
"OO uncle, dengan kakak, uncle nak beli, dengan saya uncle tak nak," tiba-tiba anak kecil itu bersuara, nada merajuk.
"Eh, tidak la... ini gerai yang sama kan,"Reza mencari kepastian.
"Ya encik. Tak ada apa-apa la encik. Sofea ini memang begini lagaknya." perempuan indonesia itu berkata-kata. Anak kecil yang digelar sofea itu masih lagi bermuncung. Comel pula gayanya begitu.
"Ok, so nama adik ni Sofea. Sedap nama tuh. Sofea..kalau muncung macam ni, tak cantik la. Nanti tak ada siapa nak datang beli barang kat sini," Reza cuba memujuk Sofea. Dia mengeluarkan gula-gula yang kebetulan ada dalam poketnya.
"Nah, ni uncle bagi Sofea, so bila makan, Sofea akan nampak manis." Reza lega bila melihat Sofea mula tersenyum.
"Tapi uncle, mama kata makan gula2 tak elok. Nanti gigi rongak," Sofea mengomel. Reza tergelak. Bijak anak kecil ini. Dan patuh pula pada pesan mamanya.
"Makan sikit-sikit tak mengapa Sofea,"Reza memberi penjelasan. Perempuan indonesia yang melayan nya tadi kelihatan sibuk melayani pengunjung yang lain. Dia selesa benar melayani karenah Sofea ini. Walau baru dikenali, Sofea ini mudah mesra. Beriya-iya benar dia bercerita tentang tikus yang akan makan giginya jika dia tidak memberus giginya sebelum tidur.

"Reza!" Dia berpaling bila namanya dipanggil. Hampir dia terlupa pada Maya. Sibuk benar dia melayani Sofea.
"Ok..bye Sofea, esok uncle datang lagi," Reza meninggalkan Sofea. Sekali lagi Sofea muncung, mungkin kerana dia sendiri seronok bercerita dengan Reza.
"You buat apa dekat situ?" Maya bertanya.
"Ni I beli batu karang untuk you,"Reza menghulur batu karang yang dibelinya tadi.
"La.. kan I dah beli tadi, kenapa beli lagi. Lagi pun, kite bercuti kat sini seminggu. Mama, papa ngan mama you semua tunggu di kereta. Jom." Maya menarik tangannya. Sempat dia melambai pada Sofea. Dan Sofea membalas sambil tersenyum.

Sepanjang petang, Reza masih terkenang pada Sofea. Dia tertarik dengan anak kecil itu. Esok dia ingin ke gerai itu, bertemu Sofea. Sementara percutian keluarganya dan keluarga bakal mertua nya di sini. Mamanya yang mencadangkan percutian ini memandangkan dia dan keluarganya pernah menetap di sini. Lagi pun, mama juga teringin melawat rakan-rakan lamanya di sini.

***************************************************************************************************************

"Sofea, anak mama dah gosok gigi ke belum?" Dania segera bertanya pada anak kecilnya ketika melihat anak itu menuju ke biliknya.
"Sudah mama," jawab Sofea. Dania mengekori anak gadis kecilnya itu. Setiap malam, dia akan menyelimutinya. Sambil kadang-kadang dia bersembang dengan Sofea. Sofea gemar bercerita. Memang dia anak yang bijak. Dania bersyukur mempunyai seorang anak yang pandai berdikari seperti Sofea.
"Mama, tadikan Fea kenal dengan satu Uncle. Handsome!" Sofea mula berceloteh.
"Oh ya ker. Siapa nama uncle tuh?" tanya Dania.
"Hm...Hmm.. ala mama.. Fea lupa pulak nak tanya. Macam mana Fea boleh lupa ni." Ngomel Sofea sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Tapi uncle bagi Fea gula-gula. Pastu Fea cakap kat uncle, mama pesan tak boleh makan gula-gula banyak. Nanti gigi rongak kan mama," sambung Sofea.
"Ha..pandai pun anak mama."Balas Dania sambil tersenyum. Sofea memang mudah mesra dengan sesiapa sahaja.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home