Setulus Janji

Tuesday, October 31, 2006

Bab 3

"You pergi mana tadi. Kiteorang balik je, you tak ada rumah,"Maya bertanya bila melihatnya melangkah masuk.
"I ke tepi pantai,"balasnya pendek.
"Ha, Reza.. ke mana kamu tadi. Ibu call off pula telefon kamu," sekali lagi pertanyaan yang sama diajukan.
"Dia ke pantai auntie."Maya menjawab bagi pihaknya.
"Malam nanti kita buat barbeku. Mama dah beli semua bahan-bahan. Jangan ke mana-mana."terang Mama nya.
"O ye ker Ma. Reza ajak kawan Reza boleh?"tiba-tiba dia terkenang Sofea. Jarak kedai Sofea dengan rumah rehat nya ini tidak la jauh sangat.
"Up to you." Balas mamanya ringkas.

Reza berkira-kira mahu menjemput Sofea bersama ibunya. Itu pun jika mereka tidak keberatan. Terasa senang hatinya berada di sini. Entah mengapa, mengenali Sofea, membuat hatinya berbunga. Sedangkan, dialah yang paling malas untuk mengikut mama dan keluarga Maya bercuti. Puas dipujuk oleh Maya, baru lah dia bersetuju. Bukan dia tidak mahu kembali ke daerah itu, tapi tugasnya banyak memberi halangan. Komitmen sepenuhnya diberikan pada kerjayanya sebagai seorang ketua jurutera di sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur. Ramai yang mengata dia seorang yang gila kerja sehingga pada usia 35 tahun, dia masih belum berumah tangga. Itu kata orang, tapi hakikatnya, hanya dia yang mengetahui. Dia sendiri masih tidak pasti penantiannya berbaloi atau tidak. Pencariannya masih menemui jalan buntu. Ya..dia masih mencari. Walau yang di cari itu mungkin sudah tidak ada ruang untuk nya.

"Uncle Reza!" teriak Sofea tatkal melihat Reza menuju ke kedai nya. Jam dah menunjukkan pukul 6 petang. Perempuan indonesia yang digelar Kak Bibik oleh Sofea itu sudah mula mengemas untuk menutup kedainya. Mujur dia datang awal, kalau tidak, tidak sempat dia bertemu dengan Sofea.
"Uncle nak ajak Sofea dan mama datang ke tempat uncle. Ada buat barbeku,"pelawa Reza.
"Wah..bestnya. Tapi mama tak ada la uncle. Mama pergi bandar. Esok baru balik."terang Sofea.
"O yer ker. Hmm.. habis tu, Sofea tak mahu ikut uncle?"tanya Reza lagi.
"Hmm... nanti Sofea call mama."jawab Sofea. Dia berlari masuk ke ruang kaunter kedai itu dan mula mendail. Sambil itu, Reza membelek-belek barangan cenderahati yang dijual di situ. Semuanya cantik-cantik belaka. Menurut Kak Bibik, kedai itu milik mama Sofea. Barangkali Mama Sofea ni kreatif orangnya. Ingin sekali dia bertemu wanita itu. Jika dia orang tempatan, pasti mereka saling kenal mengenali. Kerana boleh dikatakan ramai orang tempatan masih mengenalinya. Maklumlah ayahnya bekas pegawai daerah di situ. Tapi menurut Kak Bibik, mama Sofea berasal dari Selangor. Merantau dan terus menetap di sini.
"Uncle, mama kata boleh. Tapi kena bawak kak Bibik."kata Sofea sambil tersenyum.
"Ok. Kita tunggu kak bibik tutup kedai ye."balas Reza.

Malam itu, Reza berdamping dengan Sofea. Ternyata kepetahan Sofea, mampu menyenangkan sesiapa sahaja termasuk Mama nya. Dia tahu mama memang suka pada anak-anak kecil. Cucu nya baru dua orang. Itu pun dari adiknya Armin yang berkahwin lebih awal. Dan tidak lama lagi Nadira pula akan melahirkan seorang lagi cucu untuk mamanya. Mamanya mungkin sudah letih untuk bertanya tentang jodoh. Sudah ramai yang dikenalkan oleh mama kepadanya. Namun, hati nya susah untuk menerima, sehinggalah diperkenalkan dengan Maya. Maya, gadis yang memenuhi ciri-ciri seorang wanita melayu moden yang akan disukai oleh sesiapa sahaja. Lemah lembut dan pandai mengambil hati orang tua. Mungkin sebab itu, mama pun menyukai Maya. Namun, Reza sendiri tidak pasti hatinya pada Maya. Adakah dia benar-benar mencintainya atau sekadar mahu melengkapkan kitaran hidupnya sebagai seorang manusia.

"Uncle, auntie Maya tu makwe uncle ya,"tanya Sofea.
"Ish, Sofea ni, kecik-kecik dah sebut pasal makwe. Bukan makwe la, tapi tunang uncle. Nanti uncle akan kawin dengan dia."terang Reza.
"Kenapa auntie Maya macam tak nak kawan dengan Sofea?"tanya Sofea. Reza memandang Maya. Daripada awal lagi, dia telah perasan, Maya agak kurang mesra dengan Sofea. Mungkin Maya cemburu dengan kemesraannya dengan Sofea. Hmm.. sekadar anak kecil yang berumur 6 tahun, takkan Maya cemburu pula. Fikirnya. Tapi, perempuan.. sukar hendak di duga hati dan perasaannya. Dia sendiri mengakui, dia masih tidak mengenali hati budi Maya dengan lebih dekat. Entah, dia sendiri tidak faham, ke mana hilang hatinya. Atau mungkin telah pergi bersama hilangnya kasih yang masih dicarinya.

Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Reza terjaga dari tidurnya. Dia bermimpi. Dan mimpi yang hampir sama dengan setiap mimpi-mimpinya sebelum ini. Mengapa wajah ini terus hadir dalam tidurnya. Dia bingkas bangun mengambil wuduk, dan mencapai tikar sembahyang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home