Setulus Janji

Wednesday, November 01, 2006

Bab 4

Hari ini Sofea telah berjanji dengan nya untuk ke rumah Sofea. Sudah tiga hari dia berkenalan dengan Sofea, namun banyk yang masih belum di ketahui tentang gadis kecil itu. Dia ingin sekali bertemu keluarga Sofea.

"Syikin tu anak cousin arwah husband auntie," terang Puan Rosnah pada Reza. Syikin, nama mama Sofea. Masih lagi dengan urusan di bandar katanya.
"Dia datang sini masa umur Sofea 3 tahun. Auntie pelawa dia tinggal sini. Lagi pun auntie tak ada anak. Auntie mintak Syikin uruskan chalet auntie ni. Sambil tu dia bukak kedai cenderamata kat depan sana tuh."cerita nya lagi.
"Auntie, boleh saya tahu di mana papa Sofea?"Reza memberanikan diri bertanya sambil matanya memandang ke arah Sofea yang sibuk bermain dengan anak kucing kesayangannya itu.
"Hmm.. auntie pun tak tahu ke mana pergi papa Sofea tuh. Yang auntie tahu, Syikin balik dari Christchurch berdua je dengan Sofea. Katanya dah berpisah masa kat New Zealand tu. Kesian si Syikin tuh, banyak sangat memendam perasaan. Suami nya ada perempuan lain. Lepas tuh pukul si Syikin. Tapi yang pelik, dia tak pernah nak salahkan suami dia tuh."Beriya-iya Puan Rosnah bercerita. Patut la, Sofea sendiri tidak pernah dan tidak mahu bercerita tentang papanya. Hmm.. kisah-kisah begini kadang kala menyebabkan dia takut untuk berumah tangga barangkali.

Reza bersiar-siar sekitar chalet milik Puan Rosnah yang diuruskan oleh mama Sofea. Mereka juga tinggal di kawasan itu. Cantik kawasan sekitarnya. Secantik nama chalet itu, "Chalet Cahaya Kesuma". Reza teringat pada cerita Puan Rosnah. Tentunya Syikin itu tabah orangnya. Seperti Sofea, yang mampu menyimpan kesedihan walau dalam usia yang begitu mentah. Ingatan nya melayang pada wajah yang selalu hadir dalam mimpi-mimpinya sejak 6 tahun yang lalu. Sejak dia mula kehilangan wajah itu. Puas dia mencari. Bukan dia ingin menagih kasih, tapi dia tidak mahu terputus sillaturrahim itu seperti yang terjadi sekarang. Dania, di manakah engkau.

Lamunan Reza terhenti tatkala sebuah mpv masuk ke perkarangan chalet tersebut. Di dalam nya terdapat dua orang lelaki dan seorang perempuan bertudung. Dia memandang dari jauh. Mungkin, mereka ingin menyewa chalet itu agaknya. Mereka mengeluarkan barang-barang dari kereta. Reza tertarik pada kelibat perempuan yang baru turun dari kereta itu. Dia memerhati dengan teliti. Seperti dia mengenali perempuan itu. Ahhh.. tak mungkin. Baru sebentar tadi dia memikirkan wajah itu, dan kini wajah itu berada tidak jauh darinya? Dania kah itu? Siapa dua lelaki bersamanya. Di mana Haikal? Reza berkira-kira, bagaimana ingin menegur perempuan itu. Dia khuatir tersalah orang. Mungkin itu bukan Dania. Dania yang dikenalinya lebih berisi. Yang ini terlalu kurus. Mungkin pelanduk dua serupa. Dan dia hanya terus memerhati. Perempuan itu berada dikaunter. Bercakap-cakap dengan seorang pekerja di situ. Mungkin mendaftar masuk ke situ agaknya. Dia ingin membiarkan perempuan itu masuk terlebih dahulu, dan dia mungkin boleh bertanya pada pekerja kaunter itu, nama perempuan itu, atau Sofea dan Puan Rosnah juga boleh membantu.

Ketika dilihatnya perempuan itu sudah seperti ingin berlalu dari kaunter, tiba-tiba..
"Mama! Mama!" Dan perempuan itu berpaling.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home